Cetak

 banner hep

 

 Kata Aluan   Pengenalan   Organisasi   Kakitangan   Bidang Tugas   Aktiviti   

 

Pengenalan


Unit Hal Ehwal Pelajar merupakan sebuah unit yang berada di bawah Jabatan Pengurusan Pelajar. Unit ini berfungsi sebagai penghubung penting pelajar program matrikulasi bersama pengurusan kolej termasuklah pensyarah dan staf.
Unit HEP Kolej Matrikulasi Perlis terletak di blok Bangunan Pentadbiran iaitu Pusat Informasi Pelajar. Antara aspek penting yang di uruskan oleh unit ini adalah menguruskan urusan pendaftaran pelajar baharu setiap sesi. Selain itu HEP juga menguruskan hal-hal berkaitan Pengurusan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar & Alumni, Pengurusan Disiplin & Pembangunan Sahsiah, Pengurusan Kebajikan Pelajar dan Pengurusan Perkhidmatan Pelajar. Semua aktiviti pelajar samada melalui jawatankuasa pelajar atau diperingkat kolej kediaman di pantau oleh HEP.

Antara aktiviti-aktiviti pelajar penting yang dikendalikan oleh HEP seperti;
1. Program Kepimpinan Pelajar
2. Pilihanraya Kolej
3. Program Khidmat Masyarakat
4. Karnival Kolej Kediaman Gemilang (KAGEM)
5. Majlis Kecemerlangan Pelajar
6. Sambutan Semarak Kemerdekaan Malaysia
7. dan lain-lain aktiviti melibatkan pembangunan sahsiah dan kesukarelawanan...

Kepada semua pelajar Kolej Matrikulasi Perlis..
"Selalulah mendekati Pusat Informasi Pelajar, banyak maklumat dapat membantu anda"....

 

AJKO