Cetak

banner perakaunan

  Kata Aluan    Organisasi     Pensyarah     Silibus     Aktiviti     Galeri  

tajuk aktiviti

AKTIVITI UNIT SESI 2019/2020

1) PROGRAM 'SMART ACCOUNTING' (AA015/SEM 1 & AA025/SEM 2) 

Tarikh (Smart Accounting Sem 1) : 29 Julai 2019 – 30 September 2019
Tarikh (Smart Accounting Sem 2) : 13 Januari 2020 – 16 Mac 2020
Tempat                                          : Bilik Tutoran A, B & Perpustakaan

PENGENALAN :
Program Smart Accounting ini bertujuan memberikan bimbingan tambahan kepada pelajar yang sederhana dan lemah dari segi konsep, teknik mengulang kaji dan teknik menjawab soalan, serta mengekalkan prestasi bagi pelajar yang cemerlang.

Program ini diharapkan dapat menarik minat dan merangsang minda para pelajar yang sederhana dan lemah dalam subjek Perakaunan supaya mereka dapat memperbaiki prestasi untuk mencapai kecemerlangan dalam Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) semester 1 dan semester 2. Bagi pelajar yang cemerlang, diharap dapat mengekalkan prestasi yang cemerlang dalam PSPM nanti.

Para peserta yang terlibat dalam program ini adalah terdiri daripada semua pelajar jurusan Perakaunan yang mana pelajar cemerlang sebagai fasilitator dan pelajar yang sederhana dan lemah sebagai peserta. Pemilihan fasilitator terdiri daripada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam ujian Pertengahan Semester subjek AA015 dan AA025 anjuran Unit Perakaunan dan juga berdasarkan pemerhatian oleh pensyarah masing-masing.

OBJEKTIF PROGRAM :
• Meningkatkan keputusan pelajar yang sederhana dan lemah dalam PSPM AA015 & PSPM AA025
• Meningkatkan peratus pelajar yang mendapat gred A.
• Menggalakkan pelajar belajar secara berkumpulan.
• Memberikan bimbingan dan pengukuhan konsep kepada pelajar yang sederhana dan lemah dengan bantuan pelajar cemerlang.

Para pensyarah Unit Perakaunan akan bertindak sebagai pemantau dan sumber rujukan fasilitator.

2) PROGRAM ABC 'Aku Boleh Cemerlang'

(AA015/SEM 1 & AA025/SEM 2) – SESI 2019/2020

Tarikh (Smart Accounting Sem 1) : 29 Julai 2019 – 30 September 2019
Tarikh (Smart Acconting Sem 2)   : 13 Januari 2020 – 16 Mac 2020
Tempat                                      : Bilik Tutoran A, B

Program ABC 'Aku Boleh Cemerlang' adalah satu program kecemerlangan untuk Unit Perakaunan yang dikendalikan oleh pensyarah yang berada dalam Jawatankuasa SME Unit Perakaunan, Kolej Matrikulasi Perlis.

Objektif program ini untuk meningkatkan prestasi pelajar-pelajar yang lemah dalam subjek perakaunan dan membentuk sikap dan budaya belajar yang baik supaya tidak berputus asa dalam pembelajaran mereka.

AKTIVITI UNIT SESI 2018/2019

Semester 1

1) PROGRAM AKADEMI AKAUN (AA015)

Tarikh     : 28 & 30 JULAI 2017 (SEM 1 SESI 2017/2018)
Tempat   : BILIK TUTORAN B & DEWAN KULIAH 2

Objektif   :
• Memberikan bimbingan serta tunjuk ajar bagi mengukuhkan kefahaman dan penguasaan pelajar terutama mengenai catatan jurnal dan catatan bergu serta penyediaan penyata kewangan.
• Mendedahkan pelajar mengenai bentuk soalan peperiksaan yang akan dikemukakan dalam Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM).
• Memberi motivasi kepada pelajar supaya mereka mempunyai keyakinan untuk bersaing dengan pelajar lain yang mempunyai asas Perakaunan

Kumpulan Sasaran :
Program ini disertai oleh 213 orang pelajar yang terdiri daripada mereka yang tidak mempunyai asas dalam mata pelajaran Prinsip Akaun peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

 2) PROGRAM 'SMART ACCOUNTING' (AA015/SEM 1 & AA025/SEM 2) – SESI 2017/2018)

Tarikh (Smart Accounting Sem 1) : 4 Sept 2018 – 3 Nov 2018
Tarikh (Smart Accounting Sem 2) : 5 Feb 2018 – 16 Apr 2018
Tempat                                          : Bilik Tutoran A, B & Perpustakaan

PENGENALAN :
Program Smart Accounting ini bertujuan memberikan bimbingan tambahan kepada pelajar yang sederhana dan lemah dari segi konsep, teknik mengulang kaji dan teknik menjawab soalan, serta mengekalkan prestasi bagi pelajar yang cemerlang.

Program ini diharapkan dapat menarik minat dan merangsang minda para pelajar yang sederhana dan lemah dalam subjek Perakaunan supaya mereka dapat memperbaiki prestasi untuk mencapai kecemerlangan dalam Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) semester 1 dan semester 2. Bagi pelajar yang cemerlang, diharap dapat mengekalkan prestasi yang cemerlang dalam PSPM nanti.

Para peserta yang terlibat dalam program ini adalah terdiri daripada semua pelajar jurusan Perakaunan yang mana pelajar cemerlang sebagai fasilitator dan pelajar yang sederhana dan lemah sebagai peserta. Pemilihan fasilitator terdiri daripada 252 orang pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam ujian Pertengahan Semester subjek AA015 dan AA025 anjuran Unit Perakaunan dan juga berdasarkan pemerhatian oleh pensyarah masing-masing.

OBJEKTIF PROGRAM :
• Meningkatkan keputusan pelajar yang sederhana dan lemah dalam PSPM AA015 & PSPM AA025
• Meningkatkan peratus pelajar yang mendapat gred A.
• Menggalakkan pelajar belajar secara berkumpulan.
• Memberikan bimbingan dan pengukuhan konsep kepada pelajar yang sederhana dan lemah dengan bantuan pelajar cemerlang.

Para pensyarah Unit Perakaunan akan bertindak sebagai pemantau dan sumber rujukan fasilitator.

3) PROGRAM MR. ACCOUNTING WORKSHOP SIRI 1 & 2

Tarikh   : Siri 1 – 13 April 2018 (8.30 AM – 4.30 PM)
Tempat : Makmal Komputer 8

Tarikh   : Siri 2 – 27 Jun 2018 (2.30 PM – 5.30 PM)
Tempat : Makmal Komputer 6

Objektif  :
Untuk memberi pendedahan kepada pensyarah Perakaunan mengenai Program Mr Accounting yang akan dilaksanakan di dalam kurikulum (sebahagian daripada latihan praktikal).

4) PROGRAM ABC 'Aku Boleh Cemerlang'

(AA015/SEM 1 & AA025/SEM 2) – SESI 2017/2018

Tarikh (Smart Accounting Sem 1) : 4 Sept 2018 – 3 Nov 2018
Tarikh (Smart Acconting Sem 2)   : 5 Feb 2018 – 16 Apr 2018
Tempat                                      : Bilik Tutoran A, B

Program ABC 'Aku Boleh Cemerlang' adalah satu program kecemerlangan untuk Unit Perakaunan yang dikendalikan oleh pensyarah yang berada dalam Jawatankuasa SME Unit Perakaunan, Kolej Matrikulasi Perlis.

Objektif program ini untuk meningkatkan prestasi pelajar-pelajar yang lemah dalam subjek perakaunan dan membentuk sikap dan budaya belajar yang baik supaya tidak berputus asa dalam pembelajaran mereka.

Semester 2

5) BENGKEL PEMBINAAN ITEM PENTAKSIRAN AMALI (AA025) BERASASKAN HASIL PEMBELAJARAN

Tarikh : 05-07 Disember 2018

Tempat : Makmal Komputer, KMP

Objektif :

1. Memastikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran sejajar dengan hasil pembelajaran yang diharapkan.

2. Memastikan kaedah penilaian sejajar dengan hasil pembelajaran yang diharapkan.

Peserta Program :

Peserta program terdiri 6 orang SME Perakaunan dan beberapa orang pensyarah daripada semua Kolej Matrikulasi Malaysia kecuali Kolej Matrikulasi Kelantan dan Kolej Matrikulasi Johor.

AKTIVITI UNIT SESI 2015/2016

Semester 1

1. Kenali Akaun

Kumpulan sasaran : Pelajar yang tidak mempunyai asas dalam subjek Prinsip Perakaunan peringkat SPM

2. Accounting Idol AA015

Kumpulan sasaran   : Pelajar yang cemerlang dan kurang cemerlang
Pelaksanaan          : i. Pelajar di bahagikan kepada beberapa kumpulan
                            ii. Pelajar yang cemerlang dilantik sebagai fasilitator untuk membantu pelajar yang kurang cemerlang

Semester 2

1. Smart Accounting

Kumpulan Sasaran : Semua pelajar terlibat
Pelaksanaan         : i. Pelajar di agihkan kepada 3 kumpulan iaitu cemerlang, sederhana dan kurang cemerlang
                           ii. Pelajar cemerlang akan dilantik sebagai fasilitator untuk membantu pelajar kurang cemerlang

2. Bicara Ilmu

Kumpulan sasaran  : Pelajar terpilih
Pelaksanaan          : Disampaikan oleh Pensyarah Subjek Matter Expert (SME) Tn Hj Abdul Muain bin Hj Khalid

3. Taklimat Ijazah sarjana Muda Perakaunan oleh UiTM

Kumpulan sasaran    : Semua pelajar

 AKTIVITI UNIT SESI 2016/2017

Semester 1

1. Smart Accounting AA015

Kumpulan Sasaran   : Semua pelajar terlibat
Pelaksanaan           : i. Pelajar di agihkan kepada 3 kumpulan iaitu cemerlang,sederhana dan kurang cemerlang
                             ii. Pelajar cemerlang akan dilantik sebagai fasilitator untuk membantu pelajar kurang cemerlang

Semester 2

1. Smart Accounting AA025